Sunday 19 April 2020

Kueh Lpoes Tanpa Daun Pisang





Kueh Lopes ini mudah dibuat dengan tidak perlu mengunakan daun pisang. Menjelang Ramadhan ini sukar bagi kita membeli kueh ada kemungkinan Pasar Ramadhan tidak akan dibuka dan berkemungkinan ada " drive through ", pon begitu ada kemungkinan tidak, maka dengan itu kita buat sendirilah kueh manis menjelang Ramadhan. Selamat mencuba adik2ku sayang. Mari tolong mak buat kueh berbuka puasa!...


Udang Tumis Kacang Buncis



Tumis udang kacang buncis boleh di tumis berkuah dan sedikit kering. Terpulang kepada citarasa kita sendiri.
Video ini sangat sesuai untuk anak2 yang baru belajar memasak untuk emak dan ayah makan tengahari...Cari pahala Allah akan permudahkan kita dalam menuntut ilmu. Berbaktilah kepada ibu dan ayah. Ayah dan ibu.. Ayah dan ibu.. Itulah kebanggaan kami.. Hingga mengenal bulan dan matahari..a a a a.. Ayah dan ibu... Ayah dan ibulah patut dihormati

Rendang Ayam Herba Dan Jelatah Istimewa


Rendang Ayam Herba dgn Jelatah istimewa Hasil Rekaan Saya...Moga Ada Yang Ingin Mencuba...Menu yang jika tiada santan pon boleh dibuat ...Jika tiada kelapa parut pon masih sedap rasanya .Optional kelapa parut atau kerisik...

Mee Goreng Lada Hitam



Mee ini mengingatkan saya masa kecil dulu...Form 3... Cooking Leson at school. Kenangan dgn Miss Lee yg Comel dan baik. " Yam cake saya masak yg sedap tak pernah dirasa sebelum tu" Yam cake untuk nilaian Form3 saya...Kenangan Jangan Kita Lupa.

Sambal Petai Udang Masak Lemak



Santapan kita: Sambal udang petai boleh dibuat dgn dua cara samaada tanpa diletakkan santan dan bersantan. Jika anda buat bersantan jangan diletakkan gula tetapi jika tidak bersantan perlu diletakkan gula untuk mendapat menjamin kesedapannya..Yummy... Santapan Rohani: Petikan dari Buku Penenang Jiwa PENGUBATAN DAN RAWATAN.. Terjemahan dari Kitab MUKASHAFAH AL QULUB Bab1: Takut Kepada Allah SWT Tersebut dari sebuah Hadith, Dari Rasullullah SAW, baginda bersabda: " " Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi sebelah barat Kepalanya dibawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhlok Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas2kan sayapnya sehingga setiap bulu menitiskan setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat."

Tuesday 17 March 2020

Nasi Goreng Berempah


Nasi Goreng Berempah.

5 cawan nasi
1 pohon sawi yg di potong
1/4 kobis
1/2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
 daging dipotong kecil
 aji no moto
2 biji tomato
daun sup/daun bawang
telur 2 biji
rempah 2 camca besar
serbuk cili 1 camca besar
2 sudu besar kicap
minyak daripada bawang goreng untuk menumis.


Panaskan minyak untuk menggoreng bawang goreng,angkat bawang goreng.
Gunakan minyak gorengan bawang untuk masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang di tumbuk setelah garing masukkan daging
potong kecil masukkan cili dan masukkan rempah, kacau hingga garing dan masukkan 2 biji telur.. Jangan dipecahkan hancurkan  kerana biar ada sedikit2 mengental, masukkan batang sawi, masukkan kicap, jangan banyak kerana akan merosakkan rasa, masukkan tomato goreng merata, masukkan garam, aji no moto serta masukkan daun sawi ...agak layu sahaja telah boleh di angkat.  Siap sedia untuk di hidangkan, Hias dengan taburan bawang goreng dan daun bawang daun sup.  Jika ada timun potong timun     Muah...sedap.











Mee Goreng Bersos Korea



Mee Goreng Bersos Korea.

1/2 kilo mee
4 susu besar minyak masak
3 ulas awang putih
3 biji bawang merah
 Seinci halis
Tauhu 2 ketul atau telor 1 biji
Daun sup daun bawang sebagai hiasan
Sayur sawi (sesuai selera)
Kucai secekak
Taugeh secekak
Aji No Moto
3 susubesar kicap
3 sedu besar Sos Korea Adabi
2 sudu besar Sos cili mana2 produk Malaysia

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
Panaskan kuali dengan 4 sudu minyak masak.
masukkan bahan yang di tumbuk hingga garing.Masukkan udang,
Masukkan sos Korea Adabi, sos cili, dan masukkan tauhu atau telur rebus yang di tumbuk tadi, masukkan batang sawi masukkan kicap dan masukkan serbok perasa.   Bila semua telah sebati baharulah dimasukkan meenya. 
Goreng mee dan masukkan daun sawi, kucai dan taugeh.  Biar sayurnya layu sahaja kemudian angkat.
Siap sedia untuk dihidangkan, Taburkan daun sup dan daun bawang.