Tuesday 17 March 2020

Nasi Goreng Berempah


Nasi Goreng Berempah.

5 cawan nasi
1 pohon sawi yg di potong
1/4 kobis
1/2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
 daging dipotong kecil
 aji no moto
2 biji tomato
daun sup/daun bawang
telur 2 biji
rempah 2 camca besar
serbuk cili 1 camca besar
2 sudu besar kicap
minyak daripada bawang goreng untuk menumis.


Panaskan minyak untuk menggoreng bawang goreng,angkat bawang goreng.
Gunakan minyak gorengan bawang untuk masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang di tumbuk setelah garing masukkan daging
potong kecil masukkan cili dan masukkan rempah, kacau hingga garing dan masukkan 2 biji telur.. Jangan dipecahkan hancurkan  kerana biar ada sedikit2 mengental, masukkan batang sawi, masukkan kicap, jangan banyak kerana akan merosakkan rasa, masukkan tomato goreng merata, masukkan garam, aji no moto serta masukkan daun sawi ...agak layu sahaja telah boleh di angkat.  Siap sedia untuk di hidangkan, Hias dengan taburan bawang goreng dan daun bawang daun sup.  Jika ada timun potong timun     Muah...sedap.











No comments:

Post a Comment