Tuesday, 30 April 2024

Selamat Hari Boroh Buat Semua,

 



         Selamat Hari Boroh Buat Semua.  "Jasamu Dikenang"

Kerja Hanyalah Kerana Allah.  Allah Rahmatimu...Aamiin


Friday, 26 April 2024

doa untuk rezeki yg tak disangka

 

Menu Esok Dah Raya

 

Hari terakhir berbuka , lemang telah dapat dan rendang telah tersedia, maka kami berbuka dengan lemang di cicah sambal hitam Serawak hasil masakan anakku.  Dia di serawak lama belajar, minatnya masakan Serawak.  Lagi pon dari kecil anakku telah terbiasa dengan rempah masak hitam Kak Esah jiran kami yang menjual Rempah Masak Hitam Serawak yang mana setiap kali Kami balik ke Taiping , anis akan pergi membeli 10 paket Rempah masak hitam Serawak untuk di bawa balik ke Taiping. 
Oleh kerana sudah ada pulut mengenyangkan maka daku hanya buat Mee Goreng Korea sahaja untuk berbuka kali ini.  Di samping itu daku juga jadikan Limau Sunkist sebagai pembasuh mulut kami dan sirap merah saja sebagai minuman menghilangkan dahaga.



Mee, lemang dan Sambal Masak Hitam Serawak.


Kagum dengan Lemang yang dibuat secara tradisi ini, sedap sangat dan lain kali memang tak boleh kecualikan Lemang ini...Syukur Ya Rabb.  Sedap sungguh macam Lemang yang mak buat masa kami kecil...Daripada Bapakku membakar lemang sehingglah jatuh tugas kepada anak2 lelaki Pak dan mak sudahnya tugasan membakar lemang...Mereka saudara lelaki kami yg Enam pandai membakar lemang.  Tapi ada yang dah kembali keRahmatullah.  Moga mereka selamat dalam pelindungan Allah di sana.



Ini Sambal Masak Hitam Serawak.  Daku komen ..Sedap sangat.  Mungkin kerana kami dahulu sentiasa makan rempah masak hitam Kak Esah...dari Serawak.   Semoga Kak Esah di rahmati Allah dan tenang di persemadiannya. Ya Rabb.



Sahabat ku semua.  Ini adalah mee goreng dengan SosKorea keluaran ADABI.. Saya rasa sahabat semua kena buat ini ,untuk sahabat cuba rasanya yang sangat enak sehig sorang pengantin baru pernah berkata "Diantara mee yang paling sedap yang pernah dia makan selama ini"..Komen saya memang sedap.  Telah saya share di Youtube saya di "Laman Noraini"



           Minuman kami hanyalah light sirap tak manis sangat supaya sehat dlm bulan Ramadhan ini...Tq Rabb...Syukur.



Pembasuh mulut Limau Sunkist sahaja.  Ini semua untuk memudahkan pencernaan. Syukur.

"Salam Selamat Hari Raya Semua"

"AllahhuakbarAllahhuakbarAllahhuAkbar
LaaIllahhaillallahhuwallahhuakbar.Allahhuakbar walillahhilhamd."

           Jangan Lupa bertakbir di tiga hari Raya ini.  Terima kasih.  Moga sejahtera Selalu...