menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir.
Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya.
Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
Pengajaran Surah Al-Ahzab 33 : Ayat 53.
1) Tidak halal bagi setiap orang beriman memasuki rumah-rumah Nabi SAW kecuali dengan izin & bukan datang menunggu makanan masak.
2) Keizinan untuk memasukki rumah Nabi SAW samada daripada Nabi sendiri atau dari sesiapa yang dibenarkan oleh Nabi.
3) Disunatkan menerima jemputan.
4) Apabila selesai makan atau minum daripada rumah yang dijemput hendaklah dia beredar & jangan menunggu kerana ia boleh menyakiti hati Nabi atau Tuan Rumah kecuali dia dibenarkan oleh Tuan Rumah.
5) Nabi SAW dari segi kemanusiaan sama dengan manusia yang lain iaitu baginda juga akan rasa disakiti & malu untuk menegur orang yang menyakitinya.
6) Rahmat Allah & kasih sayangnya pada Nabi SAW dengan sentiasa menjaga hak-hak Nabi.7) Quran adalah lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia termasuklah adab memasuki
& duduk di rumah orang & berapa lama sepatutnya dia berada di rumah orang.
8- Apabila meminta sesuatu atau bertanya apa-apa soalan, hendaklah disebalik tabir.
9) Harus bercakap dengan isteri-isteri Nabi & wanita-wanita yang lain selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah & apabila menimbulkan fitnah, ia adalah haram.
10) Fitnah yang terbesar & paling dahsyat bagi lelaki adalah fitnah wanita.
11) Haram menikahi isteri Nabi SAW untuk selama-lamanya & sesiapa yang mengahwininya ia adalah dosa besar.
Pengajaran Surah Al-Ahzab 33 : Ayat 54.
1) Ilmu Allah terhadap sesuatu sangat luas & meliputi apa sahaja.
2) Amaran keras kepada sesiapa yang mengingkari perintah Allah samada dari segi perkataan atau perbuatan samada yang besar ataupun kecil kerana semuanya diketahui oleh Allah & akan dihisab.
Tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaian yang melindungi anggota yang haram dipandang oleh lelaki asing itu) menemui bapa-bapa mereka, dan anak-anak
mereka, serta hamba-hamba yang dimiliki oleh mereka. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
Pengajaran Surah Al-Ahzab 33 : Ayat 55.
1) Tidak wajib berhijab atau meletakkan tabir apabila yang meminta kepada isteri-isteri Nabi adalah yang disebut dalam ayat ini.
2) Isteri-isteri Nabi juga adalah terikat dengan hukum hakam Allah
.
3) Wajib bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan walaupun mereka adalah isteri-isteri Nabi SAW.
33:56إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ٥٦
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah
salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Kaitan dengan ayat yang lepas
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali
ayat
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya...
- ALLAH tak bagi nama pada Malaikat yang mencabut nyawa...
Malaikat ada ramai antaranya,
- Jibril- Mikail- Israfil- Malik dan Ridwan- Harut dan Marut
Israfil tiupan sangkakala
Harut dan Marut mengajar sihir
Klau tak gembira..kita bukan orang beriman
Sabar adalah perisai dan senjata orang-orang beriman dalam menghadapi beban dan tantangan hidup.
Siapa yang dapat ucapkan istirja’ apabila ditimpa musibah. Allah akan bagi ‘solawat’ dan rahmat.
Alhamdulillah Allah beri kita peluang, masa untuk belajar lagi kali ini. Maka, jom kita gunakan masa ini dengan sebaik mungkin. Kita salin nota ringkas. Jom
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
bila ditimpa apa sahaja musibah... kena sebut
Selawat daripada
;ALLAH (pujian)
Malaikat ( doa dan pujian)
Manusia (doa)
- bila ALLAH uji kita, kita sepatutnya gembira kerana ALLAH akan menggembirakan org yang sabar..
-berita gembira yg sebenar ialah bila ia datang daripada ALLAH, bukan dari manusia..
- tak ramai org yg nak dipuji oleh ALLAH sbb tu mereka tak sabar
- kalau sabar bila diuji makna nya kita dah dapat hidayah..
Doa kepada Nabi supaya mendapat wasilah.
Tempat tertinggi dalam syurga
waktu berdoa selepas azan
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.(Al-Ahzab 33:56
Wajib kamu berselawat keatas Nabi (berdoa) keatasnyaFiil Amar -wajib