Sunday, 31 May 2026

 

Wednesday, 27 May 2026

 

Saturday, 23 May 2026

Belajarlah Memaafkan Orang Lain - Ustaz Adnin Roslan

 

 

Thursday, 30 April 2026

Awak...awak dengar ni untuk awak redho...kpd Allah. Kita berdamai dengan takdir...

 


 






Indah sungguh hujan di perkampungan...daku mengimbau hujan yg jatuh ke daun pisang...daun keladi dedaunan lain, mereka gembira menari2...hmmm ciptaan Allah yg mengagumkan...MaasyaaAllah kami kagum ciptaan-Mu Rabbku.

  

Sunday, 25 August 2024

Cara menghilangkan siksa kubur untuk orang tua yang sudah meninggal : Us...


" RABBIGHFIRLI WALIWALIDAIYA WARHAMHUMA KAMA RABAYANI SOGHIROO." 
BACA SEMASA KITA SUJUD...
INSYAAALLAH. TAK LUPA.
AMAL SOLEH HARUS DI PAKSAKAN.
KERJA SEMUA AMAL2 SOLEH.
ILMU YG BERMANAFAAT.

AJARI ANAK2 MEMAKAI TUDUNG, SELALU MENASIHATI BAHKAN MENGAJARI ANAK MMASAK JUA DIANGGAP ILMU YG BERMANAFAAT. 

SADAKAH  JARIAH 
(BIAYAI PARA DAIE...) 
BERSEDEKAH ANAK2 YATIM..
BIAYAI JANDA2...PERBAIKI RUMAH2 MEREKA.

BANYAK2 AMAL SOLEH... 
SEKECIL APA PON AMAL,
KERJAKAN SEMUA...
JANGAN MEMILIH2 AMAL SOLEH. 

PAKSAKAN SOLAT MALAM.
AMBIL QURAN DI RAK..PAKSAKAN BACA.

ORANG2 YG MEMAKSA DIRI UNTUK MEMATUHI PERINTAH KAMI KAMI AKAN PANDU MEREKA KEARAH JLN BENAR.

" RABBIGHFIRLI WALIWALIDAIYA WARHAMHUMA KAMA RABAYANI SOGHIROO." 



 


 

 




 

 




 

 


Wednesday, 27 May 2026

 

Monday, 13 April 2026

 

 

Saturday, 23 May 2026

Belajarlah Memaafkan Orang Lain - Ustaz Adnin Roslan

 

Tuesday, 26 May 2026

 

Sunday, 19 April 2026

Solat... Pikiran melayang... Ini kata Rasulullah

WAKTU ARAFAH DI MALAYSIA, PERBANYAKKAN DOA

 Ramai mengambil peluang memanfaatkan waktu Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar kerana antara waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

Dalam suasana penuh keinsafan, para jemaah menadah tangan, menangis, berdoa serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

WAKTU ARAFAH DI MALAYSIA, PERBANYAKKAN DOA

WAKTU ARAFAH

Kredit: Magnific

Walaupun tidak semua berpeluang berada di Tanah Suci, Hari Arafah tetap menjadi peluang besar buat seluruh umat Islam untuk memperbanyakkan doa, zikir dan taubat.

Hari Arafah bukan sekadar hari biasa dalam kalendar Islam kerana merupakan salah satu hari paling agung yang dipenuhi rahmat, keampunan serta peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Wukuf di Arafah : waktu mustajab doa., 






Wukuf di Arafah : waktu mustajab doa.,

 Wukuf di Arafah : waktu mustajab doa., 






 

  Doa yg paling baik ialah doa Hari Arafah..

Laillahaillahhuwahdahula syarikalah lahulmulkul walahulhamdu wahuwaalakul lisyaiingkadir.

Monday, 25 May 2026

Besok Hari Selasa 9 Dzul Hijjah Bacalah Dzikir ini Dengan Penuh Khusyuk | Ust

 

Monday, 25 May 2026

 

HURAIAN APLIKASI LIMA (5) PRINSIP MAQASID SYARIAH DALAM TADBIR URUS

 HURAIAN APLIKASI LIMA (5) PRINSIP MAQASID SYARIAH DALAM TADBIR URUS

 
 
1. Menjaga Agama
Dalam konteks Malaysia, memelihara Agama (ad-din) bermakna untuk mengelakkan apa-apa yang mungkin melanggar dan memusnahkan asas-asas, yang termasuk mempertahankan negara dan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan secara man dan harmoni sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Sebagai pemerintah, menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas. Pemeliharaan akidah umat Islam adalah perkara utama yang patut diberi perhatian agar ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan RasulNya menjadi keutamaan, serta ketaatan kepada pemimpin turut dititikberatkan.
 
 
2. Menjaga Nyawa
Memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan sosial, keadilan, keselamatan hidup, harta dan maruah, pemerintahan yang baik, mengurangkan kadar kemiskinan dan memnuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil, perpaduan sosial dan pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan.
 
Sebagai pemerintah, menjadi tanggungjawab kerajaan mengelakkan pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala ketenteraman dan keamanan pula akan hilang.
 
 
3. Menjaga Akal
Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia dari apa-apa yang akan merosakkan. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua unsur-unsur yang menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta pemikiran seperti arak, dadah serta filem yang merosakkan, sudah semestinya dibanteras dan dihalang dengan segera.
 
Selain itu, penyediaan infrastuktur dan system pendidikan yang holistic serta terbaik menjadi tanggungjawab kerajaan bagi membolehkan setiap rakyat mendapat pendidikan sempurna. Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan asas untuk mencapai kemajuan dan mewujudkan umat yang bertamadun. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi focus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.
 
 
4. Menjaga Keturunan
Konsep memelihara keturunan melibatkan perlindungan dan pemeliharaan keturunan. Ia adalah penting untuk membentuk masyarakat yang sihat, produktif dan berkesan. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga system sosial dalam masyarakat.
 
Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi agama dan tabi’ie manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya, maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh jalur keturunan yang suci serta merosakkan maruah agama, bangsa dan negara.
 
 
5. Menjaga Harta
Memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada kehancuran dan dari peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara yang tidak sah termasuk larangan terhadap ketidakadilan, menafikan hak dan sebagainya. Sebagai pemerintah wajib memelihara dan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan.
 
Pembangunan ekonomi ini boleh dilakukan melalui pengukuhan sumber manusia, pendidikan, kemajuan teknologi, etika kerja, menggubal dasar-dasar kewangan dan fiscal yang betul untuk mempercepatkan pembangunan, akses kepada modal melalui pembiayaan mikro kepada golongan miskin, serta memberi pekerjaan dan peluang pekerjaan.

 Kisah gagalnya pencurian jasad Rasullullah.


Saturday, 23 May 2026

Belajarlah Memaafkan Orang Lain - Ustaz Adnin Roslan

 


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA.

 ASSALAMUALAIKUM SEMUA

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA.

MASIH DALAM HARI AWAL SEPULUH ..

SELAMAT BERIBADAT HINGGA MENJELANG AIDIL ADHA.  PUASA HARI KE SEMBILAN SANGAT DI UTAMAKAN.

ITU HARI WUKUF DI ARAFAH.  BANYAK2 BERDOA AGAR ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA2 KITA. 

MOGA BERGEMBIRA BERIBADAT DAN MENYAMBUT RAYA BERSAMA2 KELUARGA TERCINTA.

SALAM PERSAHABATAN DARIKU.

JIKA ADA SALAH SILAP MOHON DIMAAFKAN. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. MAAF DZAHIR DAN BATHIN.  

IKHLAS DARIKU SAHABATMU.

  


Jangan Tinggal untuk Sembahyang di Masjid | Dr Zulkifli Mohamad al Bakri

 


KORBAN BUKAN SEKADAR SEMBELIH...

KORBAN BUKAN SEKADAR SEMBELIH...


 

Terima Kasih Buat Semua dengan Ucapan ini. (Kita semua adalah guru kepada insan lain)

 

Sabtu, 16 Mei 2026

Terima Kasih Buat Semua dengan Ucapan ini.

 Dengan ucapan ini baru ku sedari daku pernah jadi Guru dulu...hihi.

Terima kasih kepada yang mengingatiku...Semoga murid2 ku dulu membesar dengan Ilmu dan mengguna pakai Ilmu yang kami guru2 ajar kepada  mereka.  Moga dengan adanya titipan nasihat dari kami , anda semua dapat meniti hidup cemerlang.   Murid kecilku dulu yang menjadi...itu ini dan itu ini...hihi... ( kerjaya yang pelbagai)..meski dalam bidang apa sekalipon yang mereka ceburi daku tetap doakan mereka Maju terus Maju muridku.....dan bekerja Ikhlas kerana Allah Taala.

Moga mereka maju dan terus maju. 



Tq muridku yg ingat padaku ku 
menjelang hari guru.
 Ya Rabb dengan titipan ini buat ku dari muridku daku titipkan doa buat guru2kuyang telah lama pulang ke Rahmatullah.  Kasihanilah mereka , ampunilah mereka , masukkanlah mereka kegulungan orang2 yang soleh.  Terimalah doaku ini Rabbku.




Lagu Guru Malaysia.
Wow daku masih ingat rupanya.(tak Sangka) 

Kami Guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putra putri negara kita

Pada seri Paduka 
Kami tumpahkan Setia,
Rukun Negara Kita 
Panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama
Membantu, Membina , Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi 
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji..
Tunai tetap kami tunaikan.


From Saidah With Lov...Tahun2 tak lupa Saidah padaku...Mak Ciknya.
Daku tetap dapat ucapan dari Saidah.  Ingat dia padaku.  Semban2 hampir satu jam...Saidah ingat lagi masa MakCik ajar dulu.  Dia juga ingat Bagaimana Kelas Mak Cik yang cantik tu..Dapat keceriaan Kelas sampai setiap bulan.   Juara "Keceriaan Kelas"  dalam setahun.  
Semua itu anugerahMu Rabbku.

Seronok pulak ingat masa jadi Guru.  Sebenarnya di samping usahaku ianya usaha dari muridku juga.  Dengan  daku buat jadual tugas yang mereka suka tugas2 setiap pagi berjalan lancar mengikut jadual Tugas.   MaasyaaAllah sehinga guru2 lain pon puji muridku rajin mengemas kelas.  Menyusun sudut2 yang daku buat.  Sudut pemulihan dan pengayaan.  Daku betul2 apply apa yang daku belajar dlm Perguruan dulu.
Pohon Pengayaan dan Pemulihan menerujakan tetamu yag masuk ke bilik darjahku kerana sentuhan bunga2 besar menghiasi pohon.

Daku masih ingat masa daku kecil mak bawa daku ke sekolah.  Bilik darjah Mak cantik sangat ...Ada bunga2 yang mak buat sendiri di setiap sudut.  Mak memang seni orangnya.  Buat bunga macam mak memang daku boleh.  TQ mak ajar Eni.  Masa daku ikut mak dari tadika.  Daku dah ikut mak pergi sekolah masa baru sehari dalam perut mak...hihi...Itulah anugerah Mak oleh A llah kepada kita.  Mak mak...Eni Rindu mak.  Mak tetap guru walaupon mak dah ikat guru tu kat meja sekolah masa mak pencen.   Eni pon ikat guru Eni kat meja sekolah ...Tapi Eni dan Mak Tetap guru.

Mak kan pernah ceritakan pada Eni,  ayah Mak seorang Guru yang baik sangat.  Ayah Mak Guru Besar masa tu.  Kesian Mak anak Yatim dari kecil.  Ayah mak modern  sungguh Eni rasa bila dia boleh mengajar mak yg baru  darjah 2 buat kek dengan menggunakan alat Penimbang.    Kagum kami pada ayah Mak. 
Dia perkenalkan pada mak alat penimbang Auns & pauns.(LB) MaasyaaAllah canggih nya ayah mak.  

Beberapa malam sudah pi klinik jumpa seorang pegawai kerajaan yang bawa isterinya ke Klinik kerana terjatuh  ...Isterinya  main net Ball dengan murid untuk sambut hari Guru...Laa beliau  dari Taiping.  oic ayahnya  age 80 sekarang .. banyak cerita tentang ayahandanya adalah  Guru zaman dulu.  Banyak dijawab oleh Anis tentang Opahnya dan Tok Wan...Anis banyak tahu sebab Anis banyak bersembang dengan Opah masa kecil ...Di boleh ingat apa yang Opah cerita padanya. ...Daku kata ayah ku Dari Kolej kat Matang Taiping Perak.  Jadi  first intake kat SITC. Sultan Idris Tecknikal Colledge...Tapi Pakku lebih tua dpd ayah saudara ni.
 
 Pakku sama Umur Sukarno.  Itu yang daku ingatpon.   
Pak !...Pak Jugak dalam kenangan Eni.  Eni pernah kena rotan kerana lambat naik makan semasa hari gaji Pak.   Pak masak makanan istimewa.  Eni asyik main guli (guli batu2 kecil yg kami pungut dari sungai) dengan Rohani...hihi..Lari terus duduk tepi talam.  (sempat basuh tangan)  hihi..Pak Tanya mana Ani tadi.  Depa kata ...tuuuuu...sambil tunjuk padaku.   Daku sorang ja anak perempuan  Pak yang pernah kena rotan.  Tapi tak sakit...hihi.  Nakal  sungguh daku masa kecil.  Rindu Pak.

Rabbku jika tidak keranaMu daku cukup tak minat Profesyen ini.  Ceramah Ustaz Ali kali pertama sangat menyentuh hati sanubariku.