Friday, 22 May 2026

[LIVE] TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️.7 April 2025 (Selasa) - Surah At-Tur : Ayat 22 - 25

 

[LIVE] TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️.7 April 2025 (Selasa) - Surah At-Tur : Ayat 22 - 25

 


Cuba tengok dulu ayat hari ini...
Ayat lepas Allah cerita nikmatnya Syurga.
" Sesungguhnya orang yang bertakwa di dalam syurga..penuh kenikmatan.  Mereka bersuka ria/berseronok dgn apa yg Tuhan mereka beri"
Nikmat yg lebih besar Allah melindungi Allali syurga dari Neraka Jahim dan Allah kata lagi makanlah dan minumlah."

Ahli syurga bersabndar ...duduk atas pelamin di hiasi dgn permata2 tersusun..dgn begitu banyak...
kenapa banyak. dan kami kahwinkan orang bertakwa dengan Bidadari matanya hitam..dan putih.
pengajaran ayat 20...Apa?
Orang yang waras akan berusaha bersungguh2 untuk mendapat kebahagiaan yg kekal. (Disyurga)
Banglo di sunia dan istana di Syurga ?  mana pilih.
Pengajaran kedua.
!) Ahli syurga sentiasa hidup bergembira dan berkasih sayang.
pelamin2 yang banyak.  Berkasih sayang.



Allah anugerahkan kepada orang2 beriman ...Kami gabungkan dengan zuriatnya ...supaya mak bapak sentiasa gembira.  
Adakah mengurangkan pahala mak bapak...?  " Kami tidak mengurangkan kepada mereka pahala amalan mereka.walaupon sedikit.
Setiap seseorang dengan apa yang dilaklukan.
Manusia menentukan dgn apa yg dia kerjakan.
Lagi soleh lagi tinggi syurganya.
"keluarkan ayat ini dengan "kasaba"  
Surah apa ? "Baqarah 285"
Laha ma kasabat...waalaiha makkasabat...
Apa pengajarannya



Mak bapak beriman mahu tarik anak2 dan cucu mereka jadi orang beriman. berapa ramai yg mak bapak mahu anaknya berjaya di dunia.
Kebahagiaan keluarga yg paling bahagia ialah apabila dapat berkumpul bersama2 dalam syurga.  Adakah menyusahkan mak bapak...?  Doa ibubapa yang soleh untuk anak2nya ...pasti di makbulkan oleh Allah dan begitu juga di sebaliknya.
3) Amalan seseorang akan menjadi penentu samaada dia bahagia ataupon celaka di akhirat...sekira beriman dan beramal soleh bahagialah selamanya sekiranya tidak beriman maka celakalah ia selamanya.
Waamdad na...

Kami tambahkan mereka...dengan buah2an (jenis apa?)Nama sama rupa bentuk sama dan rasa nikmat berbeza.  Buka Al waqiah ...ayat 20.
Wafa kihatin
dan daging dari apa yg mereka ingin...

Mimma yatakhairarun..."Buah2an apa sahaja yg mereka pilih."
Buahahan yg kamu pilih.


Tidak tewrputus ...sentiasa ada... ada sentiada...
walammamnu a'h...Buah2an yang tidak terhalang...
Surah waqiah ayat 21...
Daging2 yg sedap (binatang yaang terbang...teringin aja tengok burung terbang terus terhidang terus boleh makan...) nikmatnya syurga.   mereka sentiasa 


Kak san  sungai arak....mereka saling berebut2...Allah gambarkan nikmat...
Tanda nya berseronok dan berkasih sayang.  Tidak ada yang lagho didalam nya dan tidak yg sia2 damn tidak ada yg menyebabkan berdosa.
Allah nak terangkan bezanya arak di dunia dan di akhirat.
Kalau minum arak tak menyebabkan berdosa maksudnya dlm syurga " salammun"  salammun...salammun"  MaasyaaAllah.  Perkataan yang membahagiakan.


Allah guna perkataan (ghilman /  wildan) Allah suka guna jPerkataan jamak (Berulang alik...sentiasa)  
Ghulam...budak sekitar dekat baligh...around13,14,15, (cantik jernih bersih...) 
Umur nya kekal sampai bila2...tetap ghulam hingga bila2.  Wildan : Allah cipta Khas untuk melayan sahaja(Khadam) remaja2.  untuk mereka...
ghilman: remaja2   Pelayan untuk mereka(cipta khas untuk mereka)
Lam Allah bezakan pelayan di dunia ...kerja untuk dirinya...jika ada tawaran lain di pergi.   Pelayan di syurga untuk majikannya.  
Ghilman: umum
Al ghilmannun:  
Berapa pelayan di syurga? Syurga  yang palig rendah ada 1000 khadam...
Syurga atas beribu2...
Rupanya pulak.:  Allah kata seolah2 mereka, tersembunyi...Tiada yang memerhati...Cantik, putih seperti permata...maknun: permata yang tersembunyi tak pernah di sentuh oleh sesiapa.
Mereka duduk beramai2 dan saling berbual/bertanya/ (boleh bersembang; seronok sangat: nikmatnyu) Nak kemana2 ...terlintas sahaja...sekelip mata sampai...

Khoo lu: mereka berkata 
inna: sesungguhnya...
qablu:  sebelum kami masuk syurga:
fii ahlina: dalam ahli keluarga kami...
Mushfikin...sentiasa takut pada azab Allah..takut pada azab Allah...Jangan buat dosa.
Jauhkan dpd azab Allah. Hasil dpd takut itu Allah makbulkan ...doa mereka.
Manna: anugerah
Allah telah menganugerah 
alaina: keatas kami
wawaqhaana:  Allah lindungi kami 
Azabas samum: 
samum(1) salah satu nama api neraka
 (2) tingkat di neraka jahanan.
(3) azab yg panas.

Takut menjadikan dia dapat masuk syurga..:  Mushfiqin.
Terlalu takut pada azab Allah maka Allah masukkan kesyurga.

Last sekali:  Adakah mereka ni takut pada azab Allah sahaja?
Inna: sesungguhnya kami
kunna: adalah kami
min qablu; sebelum masuk syurga
nadlu u: kami sentiasa berdio  akanNya
innahu:Dialah sahaja
hualbaru: Dialah sahaja
al rahim:  maha melimpah kebaikannya dan Dia juga maha poenyayang.
Apa doa orang beriman bila dia takut pada Allah"

Rabba na a tina fiddunya hasah wafil aa khirotihasanah waqhina azabannar.
Allahhumma ajjurni minnan nar.  7 kali lepas solat 
:  Neraka akan berkata Ya Rabbi..Sesungguhnya hamba engkau minta perlindungan kepada ku dan agar mereka ;
Allahhummainni as alukal jannah.
: Ya Allah masukkan daku ke syurgaMu.

Dari Abu Hurairah:  Ada seorang melampau membuat dosa. dia wasiat kepada anaknya bila aku mati bakar aku letakkan debu ku ke laut... sekira allah nak azab aku  jasadku dah tiada...Maka bila dia bangdi mahsyar...apa yg membawa eng buat begitu...Aku takut Engkau Ya Tuhan...Ketakutan Engkau kepada Azab aku...membuatjkan Engkau masuk syurga.
Nabi sebut ini kejadian zaman sebelum Nabi.
"Mari kita Takut pada azab Allah."

 surah Al Insan ayat..
Allah sebut pelayan yang bertebaran...

Kata ulamak tidak ada hidup yang nikmat melainkan Al Quran
Di sini "Wildan"  Permata yang bertebaran...Mansura..Ramai...banyak mewah
Menunjukkan luasnya rumah/istana kita luas...bila2 masa tanpa henti...

 Gak Masuk Akal Tubuh Langsung Bugar Penglihatan Terang Pendengaran Tajam Wajah Cerah




 

Tafsir Surah Fatihah Ayat 4 [Bahagian 1] (Raja sebenar raja)

 

Tafsir Surah Fatihah Ayat 4 [Bahagian 1] (Raja sebenar raja)

Fatihah Ayat 4:

مٰلِكِ يَومِ الدّينِ

Sahih International

Sovereign of the Day of Recompense.

Malay

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

مٰلِكِ

Allah ﷻ suruh kita bacakan ayat ini. Ada perkataan yang tidak dimasukkan, iaitu: “Katakanlah”. Iaitu, katakanlah مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ. Apabila kita membaca ayat ini, kita mengaku bahawa Allah ﷻ maha menguasai hari pembalasan.

Kita boleh memiliki macam-macam benda seperti kereta, tanah dan sebagainya, akan tetapi kita tidak boleh memiliki masa. Namun Allah ﷻ boleh memiliki atau menguasai masa. Masa yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Hari Pembalasan, Hari Kiamat, Mahsyar itu. Yang kita semua akan menghadapinya.

Maka, ini adalah salah satu nama (asma’) Allah: ‘Yang Memiliki Hari Pembalasan‘.

Seperti yang kita mungkin tahu, terdapat Qiraat lain bagi ayat ini. Ada qiraat membacanya seperti yang kita tahu di Malaysia ini: مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (yang memiliki Hari Pembalasan) dan ada juga qiraat yang memendekkan ‘ma’: مَلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (Raja Hari Pembalasan). Ini adalah kerana Allah ﷻ telah menurunkan Al-Qur’an dalam beberapa qiraat.

Kedua-duanya apabila dikaji, menguatkan makna yang hendak disampaikan dalam ayat ini. Kita seeloknya terima dua-dua bacaan itu. Walaupun terdapat perbincangan ulama’ tentang mana satukah bacaan yang lebih tepat tetapi kita tidak mahu pergi ke situ. Kita hendak menggunakan pembacaan kedua-duanya. Kerana, apabila kita mengambil maksud kedua-dua makna itu, ia memberikan pemahaman yang lebih lagi tentang maksud ayat ini.

Qiraat pertama: Maalik. Ia bermaksud ‘mempunyai’ atau kita kata: memiliki. Dan apabila kita ‘mempunyai’, memiliki sesuatu benda, kita boleh buat apa sahaja kita mahu dengan benda itu. Sebab ia adalah hak kita, bukan? Namun, kadangkala, kalau kita memiliki sesuatu pun, tidak semestinya kita boleh berbuat dengannya sesuka hati kita. Ada halangan dalam kita menggunakannya.

Contohnya, ada larangan undang-undang seperti kalau kita mahu mengubahsuai rumah kita, kita kena dapatkan permit. Atau kalau kita ada pistol, bukanlah kita boleh tembak sesuka hati kita. Kita juga tidak boleh mengarahkan benda yang kita miliki itu untuk buat apa yang kita hendak. Walaupun kita ada kereta dan kita boleh menggunakan kereta itu, tetapi ada masanya ia rosak dan kita tidak boleh menggunakannya lagi. Akan tetapi apabila dikatakan Allah ﷻ ‘memiliki’, maka maksudnya Allah ﷻ memiliki segalanya. Tidak sama pemilikan Allah ﷻ dengan manusia. Pemilikan Allah ﷻ itu adalah mutlak dan sepenuh kepunyaan-Nya semata.

Qiraat 2: Malik: bermaksud ‘raja’. Raja adalah seseorang yang berkuasa di sesuatu negeri itu dan apabila dia memerintahkan sesuatu perkara, rakyat di bawahnya mesti patuh. Namun begitu, untuk seorang manusia yang bergelar raja, ada sahaja cara untuk rakyatnya tidak mematuhi dan taat kepada perintahnya. Lihatlah sahaja di dunia ini, di negara-negara yang ada raja, ada sahaja cara yang mereka boleh elak daripada mengikut arahan dan undang-undang raja mereka dan raja itu tidaklah mampu mengetahui segala tindak tanduk rakyatnya itu. Namun sebaliknya dengan raja sebenar iaitu Allah ﷻ. Kita tidak boleh lari. Allah ﷻ tahu segalanya yang kita buat.

Mana satukah daripada qiraat itu yang lebih kuat? Bukanlah kita di sini hendak menolak mana-mana qiraat itu kerana kedua-dua sama kuat pada pandangan kita. Allah ﷻ adalah seorang raja yang mutlak dan Allah ﷻ juga memiliki.

Kalau kita rasa kita ada kuasa, ia masih tertakluk kepada Allah ﷻ. Kita bukan pemilik sebenar. Kita tidak mempunyai kuasa mutlak. Kita umpama penyewa rumah sahaja. Walaupun kita membayar sewa, kita tiada hak untuk sesuka hati berbuat apa sahaja ke atas rumah tersebut. Kalau kita ingin mengubahsuai rumah itu, kita mestilah meminta izin daripada tuan rumah terlebih dahulu.

Sebagai raja, memang ada undang-undang yang dikenakan olehnya. Begitu juga Allah ﷻ (Raja segala raja) juga telah memberikan undang-undang-Nya yang perlu kita patuhi. Oleh itu, kita yang duduk ‘menyewa’ di bumi Allah ﷻ ini hendaklah mematuhi dan taat undang-undang yang telah diberikan oleh Allah ﷻ. Sepertimana kalau kita duduk di mana-mana tempat, kenalah ikut undang-undang pemerintahnya.

Al-Malik adalah salah satu daripada nama Allah ﷻ. Segala penyebutan malik yang bermaksud ‘raja’ hanyalah secara kiasan sahaja. Kerana memang ada raja-raja di dunia ini. Nampak macam mereka ada kuasa juga, boleh buat undang-undang, boleh arah itu dan ini, namun kekuasaan mereka tidaklah mutlak sepertimana kekuasaan Allah ﷻ.

يَومِ

Maksud ‘يَوۡمِ‘ adalah satu jangkamasa. Secara literal, ia bermaksud ‘hari’. Namun sebenarnya, ia bukan hanya bermaksud ‘hari’. Dalam penggunaan biasa, selalunya ‘yaum’ ini bermaksud ‘satu hari’. Akan tetapi dalam penggunaan yang lebih luas, ia adalah lebih lagi. Ia merangkumi masa dari sesaat sehinggalah beribu tahun.

Apabila Allah ﷻ berkata bahawa Dia memiliki Hari Pembalasan, bukanlah ini menyatakan Dia hanya berkuasa pada hari itu sahaja. Jangan kita salah faham pula. Memang ada yang salah faham apabila membaca ayat ini. Allah ﷻ maha berkuasa pada waktu-waktu lain juga, termasuklah hari dunia sekarang. Kerana banyak disebut dalam ayat-ayat yang lain, bahawa Allah ﷻ berkuasa ke atas keseluruhan alam sepanjang masa.

Akan tetapi pada ayat ini, diberikan penekanan kepada kekuasaan Allah ﷻ pada Hari Pembalasan ini, kerana pada waktu itu tidak ada seorang pun yang dapat mengatakan sesuatu apa pun dan tidak juga dapat berbicara kecuali dengan izin-Nya. Bermaksud, pada hari itu, amat jelas kepada semua makhluk bahawa yang maha berkuasa pada hari itu hanyalah Allah ﷻ sahaja. Tidak ada lagi sesiapa pun yang perasan mereka berkuasa. Semua akan tunduk kepada kuasa Allah ﷻ pada hari itu.

Hari pembalasan bererti hari perhitungan bagi semua makhluk. Mereka diberi balasan sesuai dengan amal perbuatan mereka semasa di dunia. Jika amalnya baik maka balasannya pun baik. Jika amalnya buruk, maka balasannya pun buruk kecuali bagi orang yang diampuni.

الدّينِ

Perkataan ‘ٱلدِّينِ‘ dalam ayat ini boleh menjadi banyak makna. Antara maknanya: agama, doa dan beberapa lagi. Di sini, kita tafsirkan sebagai ‘hari pembalasan’. Allah  ﷻ sahaja yang menguasai Hari Pembalasan – Hari Kiamat. Tidak ada sesiapa lagi yang boleh berkuasa pada hari itu. Termasuk Nabi Muhammad ﷺ, walaupun untuk memberi syafaat.

Akan tetapi Allah ﷻ telah kata bahawasanya Nabi Muhammad ﷺ akan memberi syafaat dengan izin-Nya. Maknanya, Nabi ﷺ boleh memberikan syafaat dalam had yang ditentukan. Tidak boleh baginda hendak beri mengikut suka hati baginda. Kerana itulah baginda tidak boleh memberikan syafaat dan pertolongan kepada bapa saudaranya kesayangannya sendiri iaitu Abu Talib.

Ini adalah kerana hak syafaat bukan kepunyaan baginda. Hanya sesiapa yang Allah ﷻ beri izin sahaja yang boleh diberikan syafaat. Iaitu mereka yang tidak melakukan syirik kepada Allah ﷻ. Sesiapa yang syirik kepada Allah ﷻ, tidak akan ada peluang untuk mendapat syafaat.

Seperti yang kita telah sebut, ada banyak maksud bagi kalimah ٱلدِّينِ. Jangan sangka ada satu makna sahaja (seperti yang disalahfahami oleh sesetengah orang). Kerana tidak fahamlah, maka sesetengah yang menterjemahkan يَوۡمِ ٱلدِّينِ sebagai ‘Hari Agama’. Ini adalah kerana mereka tahu satu maksud sahaja. Sedangkan ia adalah satu perkataan yang menyeluruh. Merangkumi makna:

    • Kekuasaan.
    • Ketaatan.
    • Cara hidup.
    • Hukuman.

Maka apabila Allah ﷻ berkuasa penuh, Allah ﷻ boleh berbuat apa sahaja. Allah ﷻ boleh memberikan nikmat dan Allah ﷻ boleh sahaja menarik balik semula nikmat itu. Semuanya itu berlaku dengan hikmah-Nya dan ilmu-Nya. Kita sahaja yang tidak tahu mengapa Allah ﷻ melakukan satu-satu perkara itu kerana akal kita tidak sampai untuk memahaminya. Namun kita hendaklah tahu bahawa apa sahaja yang Allah ﷻ lakukan adalah perkara yang baik. Mesti terdapat kebaikan di sebalik apa sahaja yang Allah ﷻ lakukan.

Daripada makna مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ini, kita diingatkan tentang kekuasaan Allah ﷻ setiap kali kita membaca ayat ini, lebih-lebih lagi dalam solat. Oleh itu, terbaik sekali jika kita memberi perhatian semasa membaca ayat ini. Apabila kita faham maksud ayat ini, maka ia akan memberi kesan yang mendalam ke dalam hati kita

Pada hari itu, kita amat memerlukan syafaat. Syafaat itu adalah ‘pertolongan’. Syafaat ini ada yang dapat semasa di Mahsyar dan ada yang dapat selepas mereka telah masuk ke dalam neraka. Namun, tentunya kita tidak mahu langsung masuk dalam neraka. Kita tidak mahu hanya diselamatkan selepas kita dimasukkan ke dalam neraka kerana amat dahsyatnya neraka itu. Kita tidak mahu dengar, lihat dan hidu apatah merasa azab sedikit pun neraka itu.

Walau bagaimanapun, sekiranya timbangan dosa kita melebihi pahala, maka kita akan dimasukkan ke dalam neraka untuk ‘membersihkan’ dosa kita itu. Oleh itu, sebelum tidur tiap-tiap malam, kita minta Allah ﷻ ampunkan semua sekali dosa kita. Supaya kalau kita mati, harapnya dosa kita telah terampun semuanya sekali dan tidak perlu kita dimasukkan ke dalam neraka. Juga minta ampun sekali dosa ibubapa kita dan orang-orang Islam yang lain.

Dan ingatlah, untuk masuk syurga, kita memerlukan rahmat Allah ﷻ. Kita bukan masuk syurga disebabkan oleh banyaknya pahala kita. Ini kerana sememangnya tidak akan cukup amalan ibadat kita dibandingkan dengan segala nikmat yang kita telah dapat daripada Allah ﷻ (tak cukup tambang). Kita sebenarnya dapat masuk Syurga hanya kerana rahmat Allah ﷻ. Bukanlah kerana banyaknya pahala kita.

Kalau hanya berharap kepada pahala kita, memang tidak ada peluang kita untuk masuk Syurga. Maka, janganlah kita berbangga diri kalau kita rasa kita orang yang kuat ibadah. Jangan rasa itu kita sudah tentunya masuk syurga, kerana tidak pasti kita akan masuk syurga nanti di atas usaha amal ibadat kita itu. Kita sebenarnya buat amal ibadat itu kerana kita mengharapkan rahmat Allah ﷻ. Semoga Allah ﷻ redha dengan amalan kita dan akan memberikan rahmat-Nya kepada kita.

Dalam ayat ini, Allah ﷻ memberitahu kepada kita bahawa Dia memiliki Hari ‘Deen’. Apakah ‘Hari Deen itu’? Deen boleh juga ditafsirkan sebagai apa-apa syariat yang disampaikan oleh Allah ﷻ. Allah ﷻ menyampaikan syariat melalui Nabi-nabi-Nya. Bukanlah Nabi-nabi itu mencipta syariat mereka sendiri.

Oleh itu, untuk tahu syariat kenalah belajar bermula dengan tafsir Al-Qur’an. Kerana itulah sumber yang utama dan yang terpenting. Sepatutnya kita semua belajar tafsir Al-Qur’an. Malangnya, bukan sahaja di antara manusia tidak mahu belajar, malah ada usaha untuk menghalang manusia untuk belajar tafsir Al-Qur’an. Janganlah dihalang umat belajar tafsir Al-Qur’an. Sampai ada negeri di Malaysia ini yang pernah mengeluarkan pekeliling supaya tidak diajar tafsir Al-Qur’an.

Ini kerana mereka kata kalau belajar tafsir akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Mereka hanya membenarkan mengajar kitab jawi yang lama. Padahal itu semua adalah kitab karangan manusia. Memanglah akan ada pendapat yang berlainan apabila ada yang belajar tafsir Al-Qur’an kerana Al-Qur’an mengajar manusia perkara yang benar. Dan apa yang diamalkan masyarakat sekarang ini ada yang tidak benar dan tidak bertepatan dengan sunnah. Dengan belajar tafsir Al-Qur’an, kita akan dapat bezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Kekeliruan yang banyak sekarang adalah kerana jahil kepada apa yang hendak disampaikan oleh Al-Qur’an. Apabila yang sudah belajar dan tahu dan ada yang tidak tahu, maka tentulah akan ada perbezaan pendapat. Ini kerana yang sudah tahu akan cuba memberitahu kepada yang tidak tahu perkara yang sebenarnya.

Malangnya ada mereka yang jahil tidak dapat menerima dan masih berpegang kuat dengan amalan mereka yang salah. Dari situ akan berlaku perbezaan pendapat. Perkara itu tidak dapat dielakkan. Hanya apabila semua orang berpegang kepada satu sumber yang sahih sahaja, iaitu Al-Qur’an, barulah akan ada perpaduan dalam masyarakat.

Ayat ini menyentuh tentang Hari Kiamat tetapi tidak disebutkan dengan panjang lebar. Semua kita tahu secara kasar tentang apakah yang akan berlaku pada hari itu. Tafsir bagi ayat ini ada pada keseluruhan Juzu’ 30. Juz 30 itu banyak menceritakan tentang hari Kiamat itu nanti. Tentang bagaimanakah keadaannya, apa yang akan terjadi, siapa yang selamat dan siapa yang tidak dan banyak lagi.

Maka, ayat مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ini menyebut tentang hari itu, tetapi untuk mendapatkan maklumat yang lebih lagi, kenalah dirujuk kepada ayat-ayat yang lain. Ayat-ayat dalam Surah Al-Fatihah ini adalah seperti ‘isi kandungan’ keseluruhan untuk sesebuah buku. Bukankah selalu dalam sesebuah buku, di helaian-helaian terawal, ditulis isi kandungan buku itu?

Daripada makna مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ini, kita diingatkan tentang kekuasaan Allah ﷻ setiap kali kita membaca ayat ini, lebih-lebih lagi dalam solat. Oleh itu, terbaik sekali jika kita memberi perhatian semasa membaca ayat ini. Apabila kita faham maksud ayat ini, maka ia akan memberi kesan yang mendalam ke dalam hati kita.

Surah Al-Fatihah ini memang satu surah yang amat hebat. Nabi Muhammad ﷺ pernah menyampaikan sebuah hadith Qudsi berkenaan Surah Al-Fatihah di mana disebutkan bagaimana apabila kita membaca Surah Al-Fatihah ini, Allah ﷻ akan menjawab bacaan kita itu. Kita sudah membaca sehingga ayat ketiga Surah Al-Fatihah ini. Dalam hadith tersebut, Allah ﷻ mengatakan bahawa tiga ayat pertama ini adalah untuk Allah ﷻ.

Inilah hadith itu secara lengkap:

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ { الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ { الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ } قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي وَإِذَا قَالَ { مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ } قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ { إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ { اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } قَالَ هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ
Allah berfirman, ‘Aku telah membahagikan solat antara-Ku dan hamba-Ku kepada dua bahagian, dan hamba-Ku akan mendapat apa yang dia minta. Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.” Allah berkata, ‘Hamba-Ku memuji-Ku. “Ketika hamba itu berkata: “Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Allah berkata, “Hamba-Ku memuji-Ku.” Ketika hamba itu berkata: “pemilik hari kiamat.” Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.” Apabila hamba itu berkata,’ Hanya kepada-Mulah kami sembah dan hanya kepada-Mulah kami mohon bantuan.” Allah berkata, ‘Ini adalah antara Aku dengan hamba-Ku. Dan hamba-Ku akan mendapat apa yang dia minta’. Apabila hamba itu berkata, ‘Beri kami petunjuk jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai mahupun orang-orang yang tersesat. ” Tuhan berkata, ‘Ini untuk hamba-Ku, dan hamba-Ku akan mendapat apa yang dia inginkan. “
(HR. Muslim No. 598)

 

Allah ﷻ menekankan yang Dia berkuasa pada Hari Pembalasan nanti. Akan tetapi kenapa Allah ﷻ hanya sebut Dia berkuasa pada Hari Pembalasan sahaja dalam ayat ini? Adakah Allah ﷻ tidak berkuasa pada waktu dunia ini? Ini perlu dijelaskan kerana ada yang ada sangkaan sebegitu.

Dalam ayat pertama Allah ﷻ sudah bercakap tentang dunia. Dalam ayat ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ sudah disebut bahawa Allah ﷻ adalah Rabb alam ini. Itu sudah membawa maksud Allah ﷻ berkuasa penuh dalam alam ini juga. Maka ayat مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ini adalah penekanan kepada kekuasaan Allah ﷻ pada hari kiamat. Kenapa kena ada penekanan?

Dalam dunia ada manusia yang mempunyai sedikit kuasa. Mereka boleh memiliki sesuatu. Juga ada yang menjadi raja, presiden, pemimpin. Maknanya nampak yang mereka itu boleh ada kuasa. Bukan kuasa mutlak pun, tetapi pada kita, nampak seperti ada kuasa. Namun nanti mereka langsung tidak ada kuasa di Mahsyar nanti. Waktu itu tidak ada sesiapa pun yang akan ada kuasa.

Semua akan nampak dengan jelas bahawa mereka sebenarnya tidak ada kuasa langsung. Semua akan mengaku bahawa kuasa penuh hanya ada pada Allah ﷻ sahaja. Seperti disebut dalam Infithar: 17-19.

Penekanan hari kiamat ini adalah kerana pada waktu itu, *semua* makhluk akan menerima hakikat bahawa Allah ﷻ memang berkuasa penuh. Tidak ada yang berkecuali lagi. Kalau dalam dunia sekarang, ada yang tidak kenal Allah ﷻ, tidak terima Allah ﷻ sebagai Tuhan, sebagai pemilik yang hak alam ni, tetapi di akhirat nanti, mereka tidak ada pilihan lain lagi. Waktu itu memang jelas kekuasaan Allah ﷻ sejelas-jelasnya. Tidak ada yang boleh menolak lagi.

Waktu itu tidak ada lagi yang berkuasa. Sediikit pun tidak ada. Mungkin ada yang sangka ada yang boleh tolong mereka. Kalau agama lain, mereka sangka tuhan mereka seperti Buddha, Vishnu, Jesus akan tolong mereka mereka nanti apabila mereka sudah mati. Manakala ada antara penganut dalam agama Islam ini, yang sangka pujaan-pujaan mereka seperti Sheikh Abdul Qadir, Nabi itu dan ini, guru mereka yang mereka anggap wali dan sebagainya akan membantu mereka.

Itulah pemahaman syafaat bagi mereka. Mereka sangka mereka akan mendapat syafaat. Namun bagaimana mereka boleh menolong, sedangkan mereka yang diharap itu sendiri tidak ada kuasa waktu itu. Mereka juga kena duduk di hadapan Allah ﷻ dan dinilai perbuatan-perbuatan mereka. Mereka juga ada masalah mereka masing-masing. Mereka juga akan risaukan nasib mereka sendiri.

Tidak ada yang berkuasa pada hari itu melainkan Allah ﷻ sahaja. Maka, janganlah kita tertipu dengan ajaran-ajaran yang mengatakan kalau ikut ini, ikut orang itu akan selamat. Tidak sama sekali. Tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita pada waktu itu melainkan amalan kita semasa di dunia sahaja.

Hari Kiamat adalah satu elemen yang amat penting dalam Islam. Sampaikan, banyak kali disebut dalam Al-Qur’an, selepas disebut tentang beriman kepada Allah ﷻ, kemudiannya terus disebut beriman kepada hari akhirat. Oleh itu, kita kena tahu apakah yang terjadi dalam hari kiamat. Banyak disebut tentang kejadian hari itu dalam Al-Qur’an.

Begitu juga ada banyak disebut dalam hadith. Terlalu panjang kalau hendak disebut di sini. Kena belajar tafsir tentang ayat-ayat berkenaan syurga dan neraka. Yang paling banyak ada dalam juzuk 30. Dan banyak diselitkan dalam surah-surah yang lain. Allah ﷻ akan sentiasa mengingatkan tentang hari Kiamat dalam semua surah.

Allahu a’lam. Sambung ke bahagian kedua.

Kemaskini: 10 Oktober 2019

 

Sunday, 17 May 2026

SS Dato Dr Asri Agar Allah Uruskan Kehidupn Ini

 

Monday, 1 July 2024

SS Dato Dr Asri Agar Allah Uruskan Kehidupn Ini


Matikanlah aku sebagai Muslim dan masukkanlah aku sebagai orang yang soleh.  Allah menguruskan orang2 yang soleh. Tak payahlah dapat Dato' buat apa dunia ja tu kan.

" Ikut doa Nabi Yusuf...
Akhirnya mintak "matikan aku sebagai orang muslim dan masukkanlah aku di kalangan orang yang soleh."

 

Saturday, 16 May 2026

 


Thursday, 21 May 2026

 

Yang Sentiasa Jauhkan Diri Dari-Nya”- Dato' Dr. Badli Shah,

 

Saturday, 9 May 2026

 



Aku adalah pada sangkaan hambaku.
Jika dia ingat aku daripada kumpulan ramai aku akan ingatnya dlm kumpulan baik yg lebih ramai2 malaikat.
Jika ingat kpdku dlm sejengkal akan aku ingat  dia sehasta
Jika hambaku ingat aku sehasta akan ku ingatnya sedepa.  Jika hambaku datang kepadaku berjalan akan kudekatkan padanya sehasta.

MaasyaaAllah daku dengar dan catat hadith ni masa daku muda  anak dara di Gerik.  Lamanya haduioth ni dakudah dapat.  Syukur Rabbku.  Jadilah ianya aku pegang dan gigit dgn geraham ku kuat2.
Allah sayang kita macam biasa, berapa besarpon dosa.
Sayangnya allah kepada kita tak pernahpon Dia tinggalkan kita. 


Kamu bayangkan musafir di padang pasir tandus.   Hamba itu berehat di padng pasir tandus itu hilang.  Tiba2 dia  nampak untanya...diapergi dan peluk untanya...
Maka klata Nabi:  Allah taala bila hamba itu kembali ingat pada nya Dia lebih gembira dari pada org yyang jummpa unta itu.  Hadith Riwayat Imam Muslik diriwayatkan oleh Annas bin Malik.

Allah tulis di Arash..'
"Sesungguhnya kesian belas Aku mengatasi murka Aku" 
Kata allah...
Rezeki Mu aku yg tentukan.  Surah Azzukhruf ayat 32.

Tuhan tak perenah tinggalkan kita.  Manusia bila dia gembira dia akan pergi kpd orang yg kita suka ..Jika kita sedeh kitra cari orang yg suka kita.
'  Selagi anak mak mak akan kasih anak. "
Allah taala bolehmemaafkan...menyukakan...dan berkasih sayang kepada kita....Allah taala tak pernah jemu mengasihi kita.  
Berkenaan Jangan Tinggal Daku ini...
Ingatlah Allah taala tak pernah jauhkan kita.Hanya kita yg jauhkan dpdnya.
"Bilkaku rasa pilu...resah kekosongan...kau tempatku mengadu...Tuhan yag satu...Kau tewmpat ku mengadu

Surah Muzammil ayat..
Bila kamu susah Ingat Allah 

WATABBATTAL ILAIHI TABTILA.
KITA KENA UTUSKAN KEBERGANTUNGAN MUTLAK JANGAN SELAIN DPD ALLAH.
KITA LETAKKAN 
ALLAH tAALA DI PUSAT JIWA.
TABATTUL;  HANYA DIA JA

KENA BUANG RASA MEMILIKI.   JANGAN RASA MEMILIKI ORANG YG RASA MEMILIKI AKAN  RUGI
JANGANLAH RASA KITA TU PENTING. 

DALAM SURAH MUZAMMIL
"AKU INI TUHAN TIMUR DAN BARAT...SDERAHKAN KEPADAKU BEBAN...SERAHKAN KPDKU....JANGAN SERAH PD ORG LAIN BEBANMU. 

KATA ULAMAK " BACA SURAH MUZAMMIL JIKA ADA MASAALAH." 

ORANG YG TAK PERNAH ADA MASALALAH TAK KENAL SURAH MUZAMMIL...
" YA AIYUHANMUZAMMIL...WAHAI ORANG YG SEDANG BERAT ...BANGUNLAH BERTEMUKU.

LAGU JAMAL DI PENGHUJUNG RINDU.

ADA TANDA2 HAMBA JAUH DPD ALLAH..
1) JIKA SOLAT DIA ABAIKAN.
 DIA  PANDANG RINGAN TERUTAMA SOLAT JEMAAH. 
DIA TAK KAN SOLAT JEMAAH.
2) KATA ULAMAK HATI TENGGELAM DLM MENYIMPANG DARI ALLAH.  HUBUNGAN TERLARANG.  JAUHLAH IA DPD ALLAH.
3)  DIA BERSAHABAT DGN ORANG MELALAIKAN ALLAH.
4) DERHAKA MAK BAPAK.  ABAIKAN MAK MAK AYAH..,TAK JAGA MAK AYAH...
MAK AYAH AYAH DUK NO. 2 SELEPAS ALLAH.
5) TANDA MAKIN JAUH BILA DOSA KITA BUAT SECARA ISTIQAMAH (BERTERUSAN).  BUAT SALAH TAK RASA SALAH. 
6)  BILA MASA KITA HABIS SAHAJA  PADA YG SIA2.
7)  DIA TAK DEKAT DGN QURAN. 


ADA ORANG YG EDGN ALLAH YG..ADA YG JAGA... TAK MAHU LEWAT SOLAT FARDHU LEBIH 1/2 JAM.
 QURAN KALAMMULLAH.  INSYAALAH BAGI ORANG YG MENGAJI HARI2  HABISKAN SATU JUZUK SEHARI ATAU SETENGAH JUZUK INSYAALAH

MARILAH KITA SEMUA BERSAMA DGN ALLAH.  

LAATAHZAN...INNALLAH HA MAKNA.
JANGAN BIMBANG...ALLAH ADA BERSAMA KITA,.

IBN ABBAS BERCERITA.  SATU HARI SAYA MEMBONCENG RASULULLAH.
YA QULAM:
PEGANG WASIATKU;
IHFAZILLAH YAH FAZ KA.

1) KAMU JAGA ALLAH...ALLAH JAGA KAMU.
ALLAH JAGA KITA MEMMENUHI KEPERLUAN KITA. 
ALLAH PERINTAHKA MALAIKAT JAGA KITA.

SURAH ARRADDU AYAT 11.
BAGI MANUSIA AKU LETAKKAN MALAIKAT BERGILIR2 JAGA KITA ...

UMAR TANYA RASULULLAH. 
BERAPA JUMLAH MALAIKAT JAGA KITA?
20 KATA NABI.
RAQIB DAN ATIB.
SATU KANAN SATU KIRI DLL.

MAASYAALAH ...KASIHNYA ALLAH PADA KITA BAGI MALAIKAT MENJAGA BADAN KITA...SAYANGNYA ALLAH PADA KITA. 

KATA NABI...PADA UMATNYA:
"JANGAN KAMU SUKA DI RUMAH BERTELANJANG BULAT.  MALAIKAT SENTIASA ADA BERSAMA KAMU."

NABI PESAN JANGAN SUKA BERTELANJANG KERANA  ADA MALAIKAT BERSAMAMU.

NABI SAW PESAN: JAGA AURATMU MELAINKAN 2, MALAIKAT AKAN MINGGIR DLM 2 KEADAAN, 
1) KETIKA KAMU MASUK TANDAS
2) DAN KETIKA KAMU BERSAMA DGN PASANGANMU.


KATA RASULLAH: 
YA MUAZ... WALILLAH...AKU CINTA ENGKAU.
BACA INI...
"YA ALLAH JADIKANLAH DAKU MENGINGATIMU,
MENSYUKURIMU DAN BERIBADAT KEPADAMU."


JIKA KAMU JAGA ALLAH, ALLAH AKAN DUDUK DEPANKAMU. 

JANGAN MINTA SEBARANG HAJAT PADA MAKHLOK MAKA GANTUNGKAN HIDUPMU KEPADA ALLAH. 

JIKA MINTA DGN ALLAH...MINTAK DGN YAKIN KPD ALLAH .  MINTAK  SUNGGUH2. 

Bersabarlah! Rencana Allah Jauh Lebih Baik | Ustadz Khalid Basalamah

 

Bersabarlah! Rencana Allah Jauh Lebih Baik | Ustadz Khalid Basalamah


Bersabarlah! Rencana Allah Jauh Lebih Baik | Ustadz Khalid Basalamah Dari Abu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya” [HR. Muslim]

 


Tuesday, 19 May 2026

Keropok Udang Ubi Kayu

 

Keropok Udang Ubi Kayu

Buah remia.. Buah star Dan kundang juga...

 Sedapnya buah star... Ni.  Anis order dah lama tapi daku baru cicah I biji ja dengan sambal belacan... Rasa masam sangat... And than Daku Buat jenis hancurkan dan masukkan sambal belacan macam buat pincop atau ke bebé kata Orang kampong ku.   Pak ku punya bahasa pincop dan mak ku punya bahasa adalah... Kebebe.  Tapi kebebe itu di buat dgn pelbagai pelbagai  jenis buah. Hmmm sedap tapi... Buah star tu hanya daku blend dan alhamdulillah.. Masukkan sambal... Terus sedap