Saturday, 17 January 2026

Pengalamanku Dengan Bacaan Yasin 7 Mubin,

  




 Daku seorang yang suka appreciate keistimewaan seseorang.  
Suka daku dengar kemerduan manisnya suara Puan Sri ini.   
Cantik dan manis suaranya.  
Puan Sri Ini dahulunya Guru Seperti suaminya, MB Perak.



Mari daku sharekan pengalamanku semasa daku masih  kecil.   Daku juga pernah mengamalkan Yasin 7 mubin ini.  Mereka pernah buat majlis ni di rumah Pak n Mak  di ajar masa aku  masih  kecil  dan pernah buat beramai begini di rumah mak oleh tuan Guru hebat juga balik dari Petani.  Kehebatan dia hingga boleh mengubati orang gila...tapi setelah, berjalannya masa, Pak belajar tentang hukum di rumah Pak Long Sarip kami menyedari ianya tak ada dalam sunnah.  ( Tak menepati Sunnah)  Kami tinggalkan.  Sebenarnya daku sedari masa daku masih kecil, di sekolah rendah bawa ke Menengah. Lama dah ...Tapi hairan daku Perak Masih Bawa Kegiatan ini.  Tak ada orang yang berani dan hendak menegur.  Kesian mereka.  Baca Yassin biasa sudah lah .  Tak payah  buat 7 Mubin kan bagus.   Tinggalkan !
Banyak Pak Long menyedarkan keluargaku dari segi Sunnah.  Dulu pak tak izinkan  anak2 pergi kenduri yang mana ada Muzik dan Keramaian yang berunsur modern.  Pak dulu  tak benarkan anak2 pergi kenduri yang di buat untuk Buka  Kilang Pecah Batu  tajaan Cina tapi di hadiri oleh orang Melayu.  Mungkin kenduri tolak bala agaknya. Ada khilaf di situ.  Kami Pak Tak benarkan hadir.

Masa daku kecil, kakak2 ku dah besar pernah ada buat Silat Nasrul Haq di belakang rumah.  Oleh kerana Tanah Pak Mak besar dapat buat satu gelanggang silat yang besar.  Aktiviti silat di ajar macam biasa sampai daku ingat lagi upacara penamat silat tersebut ada upacara mandi minyak.  Masa tu huh hebat nampak guru silat tu ajar...ahli silat boleh sambut kelapa yang di baling dlm keadaan menutup mata.  heran jugak tu.!   Apapon  anak2 murid silat benar2 pandai silat  mahupon perempuan.
 Tapi lama kelaman Pak tak teruskan  kerana bimbang salah dengan bacaan ayat2 yang di amalkan.  Syukur Pakku sedar kerana belajar dengan Pak Long Sarip Ustaz Sunnah masa tu balik dari Mekah.   Pak Long balik tapi tak ambil Tauliah.  Pak Long hanya mengajar Kuliah Agama di rumahnya sahaja. 

Tentang Kelas Silat tersebut daku tak layak masuk kelas lagi,  masih kecil masa tu. .  Tapi kak Hindon merasa, dan kakak2 ku yang lain.  Mereka nyata pandai silat masa itu.  Kak Syaripah tukang masak Asrama RISDA denganku pon join.   Dia  pandai silat.   Mereka sempat mengambil gambar beramai2 depan rumahku dulu semasa upacara Tamat Silat Nasrul Haq dulu. Hi..hi..akan ku cari gambar mereka nanti.  Ada Gambar Pakku dan orang2 tua lain dgn Guru Silat .  Aku , suka sangat tulis apa yang aku ingat. Pengalamanku. Lupa dah daku gambar silat mereka di mana daku letakkan. .Nanti aku cari.

Apapon daku benar2 harap adalah ustaz Ahli Sunnah Waljamaah memberitahu tentang Yassin 7 Mubin kepada orang Perak Kesayanganku.  Apapon ku Lampirkan Sekikit Ceramah Ustaz Abu Anas Madanni.  DR. ABDUL BASIT HAJI ABDUL RAHMAN
Pensyarah KIAS, Merangkap Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, 
Kelantan

Amalan membaca Yassin 7 mubin, adakah dalilnya.

 

Ustaz adalah penyusub Buku Zikir Pagi dan Petang ini.




No comments:

Post a Comment